PENGENALAN CENDAWAN KUKUR @ KULAT SISIR

Kulat sisir atau cendawan kukur (Schizophyllum commune)

Kulat sisir biasanya tumbuh di batang kayu getah yang sudah reput hanya boleh ditemui sebaik sahaja berakhirnya musim hujan namun dengan adanya kaedah bongkah itu ia dapat diperoleh sepanjang tahun.

Kulat sisir juga dikenali dengan pelbagai nama seperti kulat sisior (perak), kulat sisiaq (kedah), kulat teritip (jawa), kulat cendawan (johor), Kulat kerang (sarawak) dan kulat sisir (pantai timur).


kulat sisir (Schizophyllum commune) yang ditemui di pokok bunga kertas yang sudah mati

Namun juga ditemui di batang-batang yang reput selain kayu getah. Tetapi tidak tumbuh subur seperti di kayu getah.

Kulat sisir juga mempunyai khasiat yang banyak. kandungan Schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti kanser juga mampu meningkatkan sistem imun badan. Selain itu, bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. Ia juga mampu melindungi dan mengawal kesihatan hati.

Kulat sisir boleh disimpan dalam dua keadaan iaitu segar ataupun kering. kulat sisir yang segar boleh bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti. Manakala, kulat sisir kering boleh bertahan lebih lama iaitu selama 3 bulan walaupun tidak disimpan di dalam peti.

kulat sisir perlu direndam terlebih dahulu untuk dimasak. Rendaman dibuat bertujuan untuk melembutkan kulat sisir yang bersifat kenyal seperti daging. Kulat sisir terkenal dengan masakan masak lemak cili api, kari, goreng kunyit, goreng telur dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment

Cendawan Kukur VS Cendawan Tiram Kelabu

Sudah hampir setahun mengusahakan cendawan kukur @ kulat sisir dan ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga untuk kami... Untuk m...