Saturday, 23 December 2017

Cendawan Kukur VS Cendawan Tiram Kelabu


Sudah hampir setahun mengusahakan cendawan kukur @ kulat sisir dan ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga untuk kami... Untuk mendapatkan formula bancuhan bahan mentah yang ideal, ia mengambil masa yang lama dan masih lagi dalam proses kajian.  Untuk mendapatkan keperluan bagi menghasilkan beg cendawan kukur yang cantik @ sihat, pelbagai  kaedah perlu dilakukan dan ia melibatkan proses "Try n Error".

Kata orang cendawan kukur dan cendawan tiram tidak boleh ditanam sekali... Maksud saya ia  tidak boleh ditanam di tempat yang berdekatan... Katanya jarak tanaman haruslah ditanam sejauh 1 kilometer di antara satu sama lain... Sebab itulah, ramai pengusaha cendawan tiram tidak berani mengusahakan cendawan kukur kerana masalah ini... Ada benarnya....

Tetapi... kami di sini berjaya menanam kedua-dua jenis cendawan ini dengan jarak hanya 100 meter sahaja... Alhamdulillah, setakat ini tak ada masalah... Kedua-duanya mengeluarkan hasil yang elok...

Namun... harus diingat... Kami melakukannya dengan kajian dan ilmu.... Ada tips-tipsnya yang kami amalkan....  InsyaAllah akan kami kongsikan pada masa depan....

Tuesday, 7 March 2017

Cendawan Kukur VS Cendawan Tiram Kelabu

Sudah hampir setahun mengusahakan cendawan kukur @ kulat sisir dan ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga untuk kami... Untuk m...